kenangan bersama....childhood, untill now...
Thursday, 28 February 2013
FOR MY DEAREST STUDENTS....
ASSALAMUALAIKUM.....
Cikgu dah masukkan nota SainsBab !,2 dan 3...sila layari laman web ini....Harap Maklum...
NOTA BAB 1: http://slideonline.com/ presentation/1275-t4-bab-1- penyiasatan-saintifik-ppt/
NOTA BAB 2: http://slideonline.com/ presentation/1276-t4-bab-2- koordinasi-badan-2-ppt/
NOTA BAB 3: http://slideonline.com/ presentation/1277-t4-bab-3- keturunan-dan-variasi-ppt/
Cikgu dah masukkan nota SainsBab !,2 dan 3...sila layari laman web ini....Harap Maklum...
NOTA BAB 1: http://slideonline.com/
NOTA BAB 2: http://slideonline.com/
NOTA BAB 3: http://slideonline.com/
Sunday, 24 February 2013
OTAK
Serebrum
Í Bahagian otak terbesar
Í Permukaan berlipat-lipat: Untuk menambah luas permukaan otak supaya dapat menyimpan lebih banyak neuron
Í Fungsi: Mengawal tindakan terkawal
Serebelum
Fungsi:
1. mengawal keseimbangan badan
2. memelihara postur badan
Medula Oblongata
é Fungsi: Mengawal tindakan luaR kawal seperti:
(a) Peristalsis
(b) denyutan jantung
(c) rembesan peluh
(d) peredaran darah
Tindakan Refleks
¥ Maksud: Gerak balas yang serta merta atau automatik terhadap rangsangan tanpa dikawal oleh otak
¥ Dikawal oleh saraf tunjung
¥ Kepentingan: Elak daripada kecederaan
¥ Contoh:
8 Bersin
8 Menarik tangan apabila
tersentuh objek tajam/ panas
8 mengerdip mata untuk
mengelakkan objek memasuki
mata
¥ Arka refleks: Lintasan yang dilalui oleh impuls dalam satu tindakan refleks
Saturday, 23 February 2013
DERIA KINESTESIS
Maksud: Deria
yang menyedarkan kita tentang kedudukan dan gerakan badan tanpa melihat
Kepentingan: Untuk
mengimbangkan kedudukan dan koordinasi badan
- Dibantu oleh serebelum dan salur
separuh bulat dalam telinga
- Penting
bagi orang yang buta
- Kinestesis
disebabkan oleh reseptor-reseptor regang
pada otot,tendon, sendi dan ligament
-
Reseptor
regang sangat peka terhadap perubahan
dalam regangan semasa gerakan berlaku
- Ketegangan
otot, tendon,ligament dan senidi yang berubah akibat gerakan akan merangsangkan
reseptor regang serta mencetuskan impuls.
- Impuls
dihantar ke otak untuk ditafsirkan
- Seterusnya
otak akan menghantar impuls ke bahagian-bahagian badan yang terlibat untuk
gerak balas.
Contoh: - mengenakan
butang baju tanpa melihat
-ahli
sarkas berjalan atas tali
-jurutaip
menaip walaupun
- mata tertumpu pada teks
KOORDINASI BADAN- SAINS TINGKATAN 4
Koordinasi badan
Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita
Koordinasi saraf Koordinasi Kimia
Gerak balas badan akibat tindak balas Gerak balas badan akibat tindak balas
sistem saraf sistem endokrin
Kepentingan
· Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti
· Membolehkan bdan melindungi diri daripada rangsangan luar
· Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan
- Sistem Saraf Manusia
Neuron
Takrif: Unit asas sistem saraf
Fungsi: Membawa impuls saraf
Binaan: Terdiri daripada
(1) Dendron: gentian bersitoplasma dan diakhiri
dengan cabang kecil yang disebut dendrit dan
membawa impuls ke badan sel
(2) Akson: gentian bersitoplasma dan membawa impuls
menjauhi badan sel
(3) Salut mielin: Melindungi akson /dendron
Mempercepatkan pengaliran impuls
(4) Badan sel: bahagian neuron yang mempunyai
nukleus dan dikelilingi oleh sitoplasma.
Fungsi : Mengawal segala aktiviti neuron
Friday, 22 February 2013
Thursday, 21 February 2013
PENYIASATAN SAINTIFIK - SAINS TINGKATAN 4
- Sains ialah ilmu tentang alam sekeliling kita. Untuk mengkaji tentang alam sekeliling kita, penyiasatan saintifik hendaklah dilakukan
- Langkah-langkah penyiasatan saintifik mengikut turutan :
- Langkah-langkah penyiasatan saintifik mengikut turutan :
•Mengenal pasti masalah
•Membuat hipotesis
•Merancang penyiasatan
•mengawal pemboleh ubah
•Mengumpul data
•Menganalisis data
•Membuat kesimpulan
•membuat laporan
•Terdapat 3 Jenis pemboleh ubah (PU) dalam penyiasatan saintifik.
a. PU yang dimalarkan-apakah perkara yang disamakan?
b. PU yang dimanipulasikan-apakah perkara yang di ubah-ubah?
c. PU yang bergerak balas-apakah yang dilihat(diperhatikan)?
Subscribe to:
Posts (Atom)